3 Cara Utama Menjaga Kesihatan Buah Pinggang

Penyakit buah pinggang kini masuk senarai antara punca utama kematian di dunia. Setidak-tidaknya, ia akan menjejaskan kualiti hidup anda.

Bagaimanapun, ada beberapa cara mudah untuk mengurangkan risiko terkena penyakit buah pinggang. Mari perhatikan.

Apa yang anda boleh lakukan untuk menjaga dan mengekalkan tahap sihat buah pinggang anda?

Banyak. Ada banyak cara.

Apa yang menarik ialah, hampir semua daripada cara penjagaan buah pinggang adalah dalam kategori yang boleh diusahakan.

Malah tidak susahpun. Ia hanya perlu diusahakan dengan sikap yang betul dan gaya hidup sihat.

 

1.Pantau tekanan darahPertama-tama, antara yang perlu diutamakan ialah pemantauan tekanan darah anda. Jangan remehkan hal ini.

Sebahagian kita mungkin hanya mengaitkan soal darjah tekanan darah sebagai penting untuk mengelak strok atau masalah jantung. Sebenarnya, tekanan darah juga ada kaitan rapat dengan punca utama kerosakan buah pinggang.

Tahap tekanan darah paras biasa atau sihat ialah 120/80. Jika bacaan tekanan darah anda sudah sampai pada tahap 140/90 dan ke atas, anda patut membuat pemantauan dan berjumpa doktor lebih kerap.

Jika tekanan darah melepasi tahap klasifikasi darah tinggi serta mencetuskan masalah kesihatan lain seperti diabetes, kolesterol tinggi dan penyakit kardiovaskular, ia juga tidak mustahil boleh merosakkan kesihatan buah pinggang anda.

 

2. Pantau berat badanBerat badan juga sangat sinonim dengan masalah kesihatan. Sebahgian besar kita tahu ini, tetapi sebahagian kecil sahaja yang ambil berat.

Berat badan pula ada kaitan rapat dengan pemakanan dan gaya hidup. Perhatikan ini.

Ini kerana berat badan berlebihan melepasi tahap berat badan ideal (body mass ideal – BMI) boleh menyebabkan seseorang terdedah kepada kemungkinan diserang pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetes, penyakit jantung, malah penyakit buah pinggang juga.

Antara yang penting diperhatikan dari segi pemakanan ialah pastikan pengambilan garam dan gula adalah sentiasa pada tahap minimum.

Untuk ini, kurangkan pengambilan makanan siap diproses dan makanan segera kerana biasanya kandungan garam dan gula dalam makanan kategori ini sangat tinggi.

 

3. Banyakkan pengambilan cecair sihat

Pengambilan cecair sihat, terutama air bersih, sangat penting untuk kesihatan. Ini termasuklah dari segi untuk menjaga kesihatan buah pinggang.

Walaupun ada perbahasan yang tidak kesudahan dari segi kuantiti air yang perlu diambil, secara umum setiap kita disyorkan mengambil di antara lapan dan 10 gelas air setiap hari untuk menjamin kesihatan optimum.

Cecair yang banyak di dalam badan amat penting untuk membantu ginjal membuang sisa kotoran dan toksin. Ini dapat membantu mengurangkan risiko terkena penyakit buah pinggang.

Banyak cara sebenarnya untuk mencegah penyakit buah pinggang.

Namun, tiga ini sangat vital untuk diperhatikan dan diberi penekanan.


2 comments on “3 Cara Utama Menjaga Kesihatan Buah Pinggang
  1. Azmin azharie says:

    Dalam pemeriksaan pakar keatas saya.beliau ada memberi tahu bahawa buah pinggang saya mengecil di sebelah kiri dan beliau juga mengesyorkan minum air yang bersih dengan banyak setiap hari.
    Soklan saya.
    Apakah punca buah pinggang saya mengecil dan apakah kaedah lain yang dapat membantu.kerana saya memang kurang meminum air jernih.
    Apakah ianya berpunca dari saluran yg tersumbat …

    • admin says:

      Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini Tuan. Pemakanan dan lifetyle adalah yang utama.

      Tuan boleh ke website berikut untuk info lanjut mengenai cara yang terbukti berkesan secara saintifik dalam merawat sakit buah pinggang

      >> http://buahpinggang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Top