Ada banyak kandungan makanan yang berbahaya kepada sistem tubuh, tetapi kita ambil ringan dan tidak peduli. Ini termasuk unsur garam, gula, kimia, toksin dan sebagainya.

 

Sesetengahnya memang diperlukan tubuh. Namun, jika ia pada kadar yang berlebihan atau melampau serta tidak dapat diserap terima secara betul dan harmonis oleh mekanisme biologi tubuh, kandungan berkenaan boleh mendatangkan bahaya, termasuk menyebabkan penyakit buah pinggang.

 

Kandungan makanan seperti itu biasanya tidak dipedulikan sangat apabila kita mengambil makanan dalam situasi berikut.

 

1.Makanan siap di luar

Membawa keluarga makan di luar adalah satu riadah dan aktiviti positif. Selain menguatkan ikatan kekeluargaan, ia meringankan sekali sekala beban kerja memasak surirumah.

Namun, ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan. Perkara-perkara ini sering kita abaikan dan ia boleh menjejaskan kualiti kesihatan keluarga.

Antaranya ialah kulit dan lemak ayam. Apabila kita memasak di rumah, kita mungkin membuang bahagian ini ketika proses penyediaan makanan untuk keluarga.

 

Namun, apabila kita mengambil makanan di luar rumah bersama keluarga, bahagian ini tidak diperhatikan sangat sedangkan pelbagai olahan ayam seperti sate, ayam goreng, gulai ayam, nugget dan sebagainya yang dihasilkan daripada kulit ayam mempunyai 132 miligram kolesterol bagi setiap 100 gram. Di samping itu, kulit ayam juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi.

 

Ini kita tidak perhatikan. Kita dan keluarga mengambilnya dengan lahap dan enak kerana kepandaian tukang masak mengolah semua bahan berkenaan daripada kulit ayam menjadikannya amat sedap untuk dinikmati.

 

Peningkatan kolesterol dan lemak di dalam badan tentu sekali menjejaskan kesihatan, termasuk menyebabkan tekanan darah tinggi yang memungkinkan seseorang turut diserang penyakit buah pinggang.

 

Banyak lagi kandungan makanan yang didapati di luar rumah mengandungi bahan yang tidak baik untuk kesihatan, malah boleh menjejaskan kesihatan dan fungsi buah pinggang.

 

Ini termasuklah masakan yang mengandungi minyak, gula serta garam tinggi dalam setiap hidangan.

 

Perhatikan juga bahaya makanan panas seperti tomyam dan sup yang dimasukkan ke dalam beg plastik untuk dibawa balik bagi hidangan sekeluarga di rumah.

 

Sementara makanan itu sampai di rumah, ia berada dalam keadaan panas di dalam plastik yang boleh menyebabkan partikel kimia plastik diserapkan ke dalam makanan.

 

Kemudian di rumah, kita sekeluarga dengan enaknya menikmati makanan berkenaan bersama kandungan partikel kimia plastik yang sudah masuk ke dalam makanan itu.

 

Bayangkan bagaimana bahayanya!

 

Justeru, jika tidak ada keperluan mendesak, elakkan mengambil makanan di luar. Kecuali sekali sekala dan dalam situasi sentiasa waspada terhadap kemungkinan makanan luar mengandungi bahan berbahaya, usahakanlah agar dapat sentiasa menikmati makanan disediakan di rumah sendiri.

 

Ini lebih afdal dalam konteks menjaga kesihatan sekeluarga, terutama sebagai pencegahan dan perlindungan daripada terkena serangan penyakit buah pinggang.

Posted in Penjagaan Buah Pinggang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*