Punca Sakit Buah Pinggang

Di bawah ini merupakan beberapa punca kerosakan buah pinggang. Sebahagian besarnya dapat dielak!

Buah pinggang kita boleh menjadi rosak atas beberapa faktor dan sebab. Kebiasaannya, faktor-faktor ini mempunyai kaitan dengan beberapa perkara lain, yang mana ianya termasuklah perkara yang melibatkan masalah kesihatan sedia ada, pemakanan, gaya hidup, stress dan tak ketinggalan juga ada faktor genetik.

Tulisan ini akan menyelami semua faktor kerosakan buah pinggang supaya kita bukan sahaja mendapat info, malah mengambil tindakan wajar membendungnya.

Antara sebab utama penyakit buah pinggang ialah:.

1. DiabetesData menunjukkan antara punca utama kegagalan buah pinggang, terutama sehingga boleh menjadi kronik, ialah diabetes.

2. Tekanan darah tinggiTekanan darah tinggi juga satu faktor utama penyakit buah pinggang kronik. Peningkatan berterusan pada tahap tekanan darah amat berpotensi merosakkan buah pinggang.

3. Penyakit kardiovaskular
Penyakit yang berkaitan masalah jantung dan aliran darah juga boleh menyumbang kepada kerosakan buah pinggang.

4. Merokok
Banyak kajian mengesahkan bahawa merokok adalah sejenis gaya hidup tidak sihat yang boleh merosakkan buah pinggang.

5. Obesiti
Obesiti dikenal pasti boleh menyebabkan masalah kesihatan serius, termasuk masalah diabetes dan tekanan darah tinggi. Semua penyakit itu pula boleh menyumbang kepada kerosakan buah pinggang.

6. Sistem imun yang lemah.Sistem imun tubuh yang lemah ada kaitan dengan beberapa faktor lain, termasuk diabetes, HIV atau Aids serta penggunaan ubat dalam rawatan kemoterapi.

8. Kerap menahan kencing
Menahan kecing terlalu kerap boleh memberi kesan jangka panjang yang berbahaya, termasuklah jangkitan kuman pada pundi kencing dan merosakkan buah pinggang.

9. Minuman bergas atau berkarbonat


Minuman jenis ini boleh meningkatkan kandungan gula dalam darah secara mendadak. Ini secara automotik boleh memberikan tekanan dan mungkin merosakkan buah pinggang.

10. Pil tahan sakit

Punca Sakit Buah Pinggang
Kajian menunjukkan banyak ubat moden seperti ubat tahan sakit yang mengandungi unsur dadah, boleh mendatangkan implikasi buruk kepada kesihatan, termasuk merosakkan buah pinggang.

 

Justeru, ambil perhatian serius terhadap masalah kesihatan sedia ada seperti diabetes dan tekanan darah tinggi serta amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat!

Ini kerana sebahagian daripada punca penyakit buah pinggang adalah boleh diurus dan dielakkan!


38 comments on “Punca Sakit Buah Pinggang
  1. Razak says:

    saya disahkah mengidap penyakit buah pinggang tahap 1.Adakah produk iki boleh membantu menyembuhkan sakit saya? dan ambil masa berapa lama? apakah perlu saya ambil ubat hospital? sekarang tapak kaki saya kebas,tapi tak sakit.Tolong Dr bagi nasihat.Terima kasih.

  2. Jocelyn Usun says:

    Saya minat dengan Teh ubat Triple T..

  3. Rohaya says:

    Assalam wbt..boleh saya dptkn testimoni pesakit Nephrotic yang menggunakan Triple T

  4. Mohd Shah Bin Sahar says:

    Salam .mcm mana nak dptkan teh ini?

  5. shah rezan bte talib says:

    Suami sy mendpt sakit buah pinggang. Doktor suruh buat capd atau dialysis. Bolehke dia mkn product ni?

  6. Siti says:

    Sy baru 2 hri rasa sakit pinggang yang teramat sangat hinggakan kencing yang bercampur dengan darah.

  7. Mohd faizal says:

    Assalamualaikum sy mengalami kencing bedarah adakah disebabkan buah pingang.. Baru semingu..sy dh g klinik doc bagi ubat antibiotik..tpi masih lagi ada darah dalam air kencing sy..mcam mane tu doc?

  8. Nik says:

    Bapa sy sakit buah pinggang, dia sudah d tebuk bahagian paha,apa kha tu namanya cuci buah pinggang? Dan saya dengar org cakap, bila dpt sakit buah pinggang ni,mmg tidak lama sudah hidup,btl kha?
    Dan boleh bapa ku minum product tu?

  9. Fifi says:

    Hasil ujian darah… Sy alami kerosakan buah pinggang tahap 3…boleh ke sy sembuh minum ubat ini… Macam mana sy nak beli…

  10. Norishah ayob says:

    Mak saya baru tahu dia telah mendapat pnyakit buah pinggng..saya ingin cuba teh triple T..tapi saya ragu-ragu., adakah dengan teh triple T buah pinggang mak kembali normal.

  11. lin says:

    doc kata buah pinggang anak saya bocor..baru berusia 21 thn..kencing ada protein..saya ragu2 nk beri Triple-T ni…sy takut buah pinggangnya makin rosak bila mkn..

  12. Junaidah mohd yusof says:

    Assalamualaikum
    Saya tidak pasti adakah saya ada prnyakit buat oinggang
    Saya membuat full medical check up
    Dr kata dalam kandungan urine saya ada protin
    Ni bacaan nye
    Urine microalbumin 150H
    Urine creatinine 300
    Microalb create ratio 50H
    Bolehkah triple t boleh membantu

  13. Azlindda says:

    Ibu saya sakit buah pinggang tahap 3..macam mana saya nak beri product ini

  14. azamy says:

    saya terkena penyakit batu karang..dah hancur..tapi adakah penyakit ini beri kesan kpd buah pinggang? kandungan air kencing saya normal tapi kerap kencing

    • admin says:

      Jika tidak dirawat secara holistik, ianya mungkin akan membawa kepada masalah buah pinggang kerana salah satu komplikasi penyakit batu karang adalah boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang.

  15. fitri says:

    adakah minum air dengan banyak salah 1 faktor kerosakan buah pinggang?

  16. Akmalhafiz bin Ahmad says:

    Saya dah kene cuci buah pinggang .. cuci kaedah air pun dah pernah .. sekrang saya cuci kaedah darah pulak .. soalan saya .. bolh kah saya isap vape ..

  17. ERNAH HIDAYAH says:

    Assallammua’laikum
    Admin….baca an creatinine sy sgt tggi
    7xx…CKD stage 5
    Doc advised dialysis tp klu bole sy x mau dan berhasrat utk consume Triple T Dr Azlan

  18. Muhammad nasron says:

    Assalamualaikum Nak bertanya pada doctor.. umur 40tahun
    Saya selalu merasa loya Dan muntah kosong setiap pagi..Dan berlarutan agak Lama..baru² ini Saya berpuasa sakit dibahagian pinggang kiri..adakah itu tanda² penyakit buah pinggang..t.kasih

  19. Sharmilla Taib says:

    Aslkm, saya selalu sakit pinggang bahagian kanan setiap Kali bangun tidur pada waktu pagi. Adakah itu tanda buah pinggang saya bermasalah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Top