Punca Sakit Buah Pinggang

Ini 13 punca kerosakan buah pinggang. Sebahagian besarnya dapat dielak!

Buah pinggang boleh rosak dengan beberapa sebab. Semua faktor ini ada kaitan dengan beberapa perkara lain, termasuklah masalah kesihatan sedia ada, pemakanan, gaya hidup, stres dan genetik.

Tulisan ini akan menyelami semua faktor kerosakan buah pinggang supaya kita bukan sahaja mendapat info, malah mengambil tindakan wajar membendungnya.

Antara sebab utama penyakit buah pinggang ialah:.

1. DiabetesData menunjukkan antara punca utama kegagalan buah pinggang, terutama sehingga boleh menjadi kronik, ialah diabetes.

2. Tekanan darah tinggiTekanan darah tinggi juga satu faktor utama penyakit buah pinggang kronik. Peningkatan berterusan pada tahap tekanan darah amat berpotensi merosakkan buah pinggang.

3. Penyakit kardiovaskular
Penyakit yang berkaitan masalah jantung dan aliran darah juga boleh menyumbang kepada kerosakan buah pinggang.

4. Merokok
Banyak kajian mengesahkan bahawa merokok adalah sejenis gaya hidup tidak sihat yang boleh merosakkan buah pinggang.

5. Obesiti
Obesiti dikenal pasti boleh menyebabkan masalah kesihatan serius, termasuk masalah diabetes dan tekanan darah tinggi. Semua penyakit itu pula boleh menyumbang kepada kerosakan buah pinggang.

6. Sistem imun yang lemah.Sistem imun tubuh yang lemah ada kaitan dengan beberapa faktor lain, termasuk diabetes, HIV atau Aids serta penggunaan ubat dalam rawatan kemoterapi.

8. Kerap menahan kencing
Menahan kecing terlalu kerap boleh memberi kesan jangka panjang yang berbahaya, termasuklah jangkitan kuman pada pundi kencing dan merosakkan buah pinggang.

9. Minuman bergas atau berkarbonat


Minuman jenis ini boleh meningkatkan kandungan gula dalam darah secara mendadak. Ini secara automotik boleh memberikan tekanan dan mungkin merosakkan buah pinggang.

10. Pil tahan sakit


Kajian menunjukkan banyak ubat moden seperti ubat tahan sakit yang mengandungi unsur dadah, boleh mendatangkan implikasi buruk kepada kesihatan, termasuk merosakkan buah pinggang.

 

Justeru, ambil perhatian serius terhadap masalah kesihatan sedia ada seperti diabetes dan tekanan darah tinggi serta amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat!

Ini kerana sebahagian daripada punca penyakit buah pinggang adalah boleh diurus dan dielakkan!


12 comments on “Punca Sakit Buah Pinggang
  1. Razak says:

    saya disahkah mengidap penyakit buah pinggang tahap 1.Adakah produk iki boleh membantu menyembuhkan sakit saya? dan ambil masa berapa lama? apakah perlu saya ambil ubat hospital? sekarang tapak kaki saya kebas,tapi tak sakit.Tolong Dr bagi nasihat.Terima kasih.

  2. Jocelyn Usun says:

    Saya minat dengan Teh ubat Triple T..

  3. Rohaya says:

    Assalam wbt..boleh saya dptkn testimoni pesakit Nephrotic yang menggunakan Triple T

  4. Mohd Shah Bin Sahar says:

    Salam .mcm mana nak dptkan teh ini?

  5. shah rezan bte talib says:

    Suami sy mendpt sakit buah pinggang. Doktor suruh buat capd atau dialysis. Bolehke dia mkn product ni?

  6. Siti says:

    Sy baru 2 hri rasa sakit pinggang yang teramat sangat hinggakan kencing yang bercampur dengan darah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Top