Tanda Sakit Buah Pinggang & Cara Atasinya

RAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan.

Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam.Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma.

Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala.

Namun, itulah sifat penyakit kronik.

Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.

Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.

Jangan pandang ringan bila anda tiba-tiba je sedar yang kencing anda berbuih. Ianya mungkin salah satu tanda penyakit buah pinggang.Pernah dengar tentang penyakit Nephrotic Syndrome?

Jarang sekali kita ketahui kan.

Nephrotic Syndrome adalah satu penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang.

Di dalam buah pinggang yang normal, glomeruli sejenis penapis halus di dalam buah pinggang, berfungsi untuk menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing.

Di dalam keadaan nephrotic syndrome, glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein keluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ini dipanggil PROTEINURIA. Ini menyebabkan badan kehilangan banyak protein.

Pengeluaran protein melalui air kencing atau PROTEINURIA menyebabkan badan akan kehilangan banyak protein dari dalam darah atau dikenali sebagai HYPOALBUMINEMIA.

Kekurangan protein di dalam salur darah menyebabkan AIR keluar dari dalam salur darah ke dalam tisu badan.

Ini menyebabkan kebengkakan muka, tangan dan kaki yang dipanggil EDEMA atau bengkak air.

Keaadan kaki bengkak yang mengalami edema

Hati juga mula menghasilkan lebih banyak lemak di dalam darah sebagai reaksi kehilangan protein maka terjadilah HYPERLIPIDEMIA atau lemak berlebihan di dalam darah.

Jadi, berhati-hati jika anda mengalami kencing berbuih ataupun kaki bengkak air seperti dalam gambar di atas. Berkemungkinan besar anda mengalami masalah sakit buah pinggang.

Selain daripada kencing berbuih,anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti berikut:

Darah keluar bersama-sama air kencing.Buah pinggang yang sihat akan mengekalkan sel darah di dalam badan apabila menapis bahan buangan dari darah untuk hasilkan air kencing. Jadi, air kencing anda akan tidak mempunyai darah.

Namun jika buah pinggang anda rosak, sel darah ini ini akan “terbocor” dan masuk ke dalam air kencing. Selain dari masalah buah pinggang, darah dalam air kencing juga petanda anda mungkin ada ketumbuhan, batu karang atau jangkitan.

Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.Jika buah pinggang anda sudah rosak, ia akan meningkatkan kekerapan kencing.

Jadi jika anda kerap rasa nak kencing terutamanya pada waktu malam, ia mungkin petanda buah pinggang anda rosak.

Kerap berasa lemah dan letihPenyusutan fungsi buah pinggang yang teruk menyebabkan toksin dan bendasing dalam darah anda bertambah. Situasi ini akan membuatkan anda berasa letih dan lemah, serta sukar untuk fokus.

Anemia juga adalah satu komplikasi buah pinggang yang menyebabkan keletihan dan kelesuan.

Kulit kering dan gatalAntara fungsi-fungsi penting buah pinggang adalah menyahkan buangan dan air berlebihan dalam badan, membantu menghasilkan sel darah merah, membantu mengekalkan kekuatan tulang dan mengekalkan mineral dalam darah.

Namun, jika kulit anda menjadi kering dan gatal, ia mungkin disebabkan oleh buah pinggang anda yang tidak melakukan kerjan mengimbangi mineral dan nutrien dalam darah dengan baik.

Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.

Siapa yang berisiko mengalami masalah sakit buah pingang?

Boleh kata dalam zaman moden ini, semua orang mempunyai risiko mendapat penyakit kegagalan buah pinggang jika tak menjaga kesihatan dengan betul, cuma berikut adalah faktor-faktor risiko tinggi yang diketahui:

  • Pesakit yang menghidap kencing manis.
  • Pesakit yang ada masalah darah tinggi
  • Kerap makan ubat tahan sakit atau ubat-ubatan tambahan (supplement) yang tidak diketahui tahap keselamatannya.
  • Pesakit yang mempunyai penyakit jantung koronari.
  • Pesakit yang mempunyai sejarah keluarga penyakit buah pinggang yang ketara.

Selain itu, risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.

Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.

Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan.Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan.

Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal; boleh mencecah RM300,000!

Justeru, perkara terbaik ialah menjalani pemeriksaan pengesanan. Ujiannya pula sangat mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil masa beberapa minit saja.

Selain dua ujian mudah ini, beberapa kaedah lain boleh digunakan, iaitu biopsi jarum halus dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Kaedah terbaik untuk mengelak menanggung kos perubatan tinggi ialah kerap membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. Ujian saringan kesihatan ini sangat mudah dan keputusannya boleh diketahui segera.

Bagaimana cara mencegah dan merawat sakit buah pinggang yang betul?

Menurut Dr Azlan, perubahan gaya hidup memberi impak besar kepada kemerosotan tahap kesihatan manusia. Fakta paling nyata memperlihatkan penduduk negara Malaysia menduduki tangga pertama bagi masalah kegemukan di dunia.

Mereka juga berisiko menghidap penyakit tiga serangkai seperti sakit kencing manis, buah pinggang, dan tekanan darah tinggi.

Oleh itu,bagi merawat masalah ini, Dr Azlan dan beberapa penyelidik lain telah menjalankan kajian selama 7 tahun bagi mencari formula terbaik merawat masalah sakit buah pinggang.

7 tahun?

Ya, 7 tahun, bukannya 7 bulan, atau 7 minggu , apatah lagi 7 hari!

Hasil formula kajian Dr Azlan ini dinamakan sebagai Triple-T, yang kemudiannya telah dikomersialkan dan diletakkan di bawah jenama byDrAzlan.

 

Apa itu Triple-T?

TRIPLE-T merupakan satu-satunya teh herba yg di formulasikan dari herba-herba tempatan yang mana telah menjalani kajian saintifik selama 7 tahun.
Pengasas produk ini ialah Dr Azlan, yang merupakan seorang pakar toksikologi.

Triple-T mengandungi gabungan herba terpilih iaitu O.stamineus, F. deltoidea dan C.sinensis. Setiap daripada bahan yang digunakan dalam Triple-T mempunyai fungsi dan kebaikkannya tersendiri.


Berikut kami paparkan beberapa testimoni pesakit buah pinggang yang telah menggunakan herba terpilih hasil formulasi Dr Azlan ini

Semua testimoni yang dipaparkan di atas ini adalah real, bukannya rekaan semata-mata.

Namun begitu, kesannya sudah semestinya berbeza-beza bagi setiap individu.

Untuk info lanjut mengenai produk ini boleh ke klik gambar di bawah



36 comments on “Tanda Sakit Buah Pinggang & Cara Atasinya
  1. ahmadz says:

    nak cari ubat cegah sakit buah pinggang

    • admin says:

      Cik boleh ke website berikut untuk info lanjut
      http://buahpinggang.my

      atau

      hubungi kami di talian 010 – 3000 323 (En Nasrul)

    • Ita says:

      Minum air rebusan daun pecah beling

    • Zarif says:

      Saya umur 18 …pada 6/6/2018 saya eksiden masuk icu pakej koma..saya sedar dari koma 29/6/2018 …selang beberapa minggu dari tarikh saya sedar dari koma tu…saya selalu rasa nak kencing..senang cerita kencing xlawas la… Bila kencing sikit ja pun…bila kencing xrasa pedih atau sakit pun.. Cuma xlawas ja… Adakah ini perlu buat pemeriksaan? Sebab ubat selalu beli jugak…tetap dok rasa jugak.. Mohon jawapan pls… Harap2 xdak apa2 la…

      • admin says:

        Sebaiknya buat pemeriksaan lanjut Tuan. Berdasarkn simptom ni kita hanya boleh agakj2 sahaja, tak dapat jawapan tepat. Untuk jawapan tepat kena buat pemeriksaan lanjut secara menyeluruh

  2. Sathiya says:

    Salam sejshtera, wife saya dalam satu minggu ini terrasa sakit dan pedih dibahagian buah pinggang , and tak ada simtomp lain. Apakah langkah yang perlu saya lakukan. Tq

  3. Saya mengalami bengkak di pergelangan kaki saja..ada kah ini ada hubung kait dengan penyakit buah pinggan

  4. Norlela says:

    Sy sering sakit pinggang secara berdenyut denyut.. sekiranya sy tidak minum air putih sebyk 2 liter sehari. Sy berasa seram sejuk dan berpeluh..apakah tanda2 itu merupakan sakit buah pinggang

  5. Rohaya says:

    Anak sya Nephrotic.unur 4 tahun.bagaimana kaedah rawatan terbaik

  6. mohamed says:

    Dr., adakah air alkali boleh diminum untuk mengubati penyakit buah pinggang, kalau boleh, berapa banyak air alkali boleh kita minum dalam sehari? Terima kasih.

    • admin says:

      Kami tak pasti , tapi boleh cuba dengan kuantiti sedikit sahaja dahulu buat permulaan, Maksimum 200-300 ml sahaja.

      Cik boleh ke website berikut untuk info lanjut mengenai car yang berkesan merawat sakit buah pinggang
      http://buahpinggang.my

      atau

      hubungi kami di talian 010 – 3000 323 (En Nasrul)

  7. Prabakaran says:

    Nak Tanya.anak saya baru 4 tahun
    Ada penyakit Nepheotic syndrome.
    Boleh saya mengamalkan mengambil

  8. jhn lim says:

    buah pingng ade kaitan tak dengan kencing manis ?

    • admin says:

      Ya, memang ada. Salah satu komplikasi kencing manis adalah sakit buah pinggang.

      Cik boleh ke website berikut untuk info lanjut mengenai cara yang ternukti berkesan secara saintifik mengenai cara merawat sakit buah pinggang

      >> http://buahpinggang.my

  9. Ab.kjhalid b mohd karim says:

    O13 980 5656

  10. Dua Alam says:

    Saya telah buat ujian darah n air kencing. Ada darah dlm air kencing n doc bg ubat antibiotik n gahan sakit..buah pinggang n lain2 ok tp sy msh rasa ngilu di bahagian pinggang kanan..setelah sembuh. Apa maknanya doc?

  11. Intan says:

    Saya kerap kencing dan jika menahan kencing atau tidak disegerakan pinggang,belakng dan dada saya akan terasa sakit. Apakah ia ada kaitan dan penyakit buah pinggang?

  12. Nadzmi says:

    Mengapakah lepas makan maggi,saya pun pergi la kencing tapi semasa saya kencing tu saya rasa sakit pedih di hujung kemaluan lelaki saya?
    Sila la reply kenapa ya
    Tq

  13. Yusnita says:

    Askm.. Ibu saya disahkn Ada penyakit buah pinggang.. Tp Dia Tk da, Semua simptom2 yg dinyatakn.. Saya Ada mencari alternative lain utk beliau.. Perlu kA Dia menjalani dialysis wlpn Dia Tiada, Semua simptom2 tu

  14. Mohd. Ikhwan martin says:

    Mcm mana nak order ubat ini tuan..sy cuma nak beli sebelum kena

  15. NORIDAH BINTI AHMAD says:

    Saya hampir 6 bulan kencing berbuiah. Hanya baru minggu lepas check darah..”trace” ada masalah buah pinggang.Saya pernah sekali 2 unit teh herba ini tetapi tiada berkesan. Saya ingin mencuba lagi.

  16. Norma says:

    Adakah pengidap PKD atau Polycystic Kidney desease yang genetik sesuai mengambil minuman teh Triple T ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Top