Tanda Tanda Sakit Buah Pinggang Rosak & Cara Atasinya

Buah pinggang adalah organ wajib ada pada tubuh manusia. Tanpa buah pinggang, manusia akan mati. Cubalah keluarkan organ ini dari tubuh manusia. Jika manusia itu masih dapat bernafas tanpa sekurang-kurangnya satu buah pinggang kekal berfungsi, ini ajaib.

Sebenarnya hampir mustahil. Begitulah peri pentingnya organ asas bernama buah pinggang (kidney) ini kepada manusia.

Ada banyak organ lain pada tubuh manusia. Namun, sebahagian organ tidak seperti buah pinggang. Banyak organ yang boleh ada dan boleh tidak ada pada tubuh manusia. Tanpanya tidak menyebabkan kematian. Contohnya seperti tangan, kaki dan buah dada.

Begitu sekali peri pentingnya buah pinggang kepada hayat manusia, justeru penjagaannya adalah vital. Ia mesti dicermati dan ditantang sebagai nyawa!

Tidak ramai daripada kita mempunyai pengetahuan cukup mengenai penyakit buah pinggang, termasuklah penyakit buah pinggang kronik (Chronic Desease Kidney – CKD) yang memerlukan rawatan hemodialisis atau pemindahan buah pinggang.

Ada banyak tanda yang boleh mengenalkan kita kepada penyakit kronik ini.

Tanda-tanda berkenaan juga bergantung pada tahap keseriusan penyakit berkenaan.

Tanda Tanda Sakit Buah Pinggang Rosak & Cara Atasinya

Antara tanda umum penyakit buah pinggang menuju tahap kronik atau berada pada tahap kronik ialah

  • Loya atau muntah
  • Hilang selera makan
  • Letih dan lemah
  • Tidak dapat tidur nyenyak
  • Perubahan pada jumlah dan rupa kencing
  • Kurang tumpuan dan ketajaman mental.

Tanda lain ialah

  • Berlaku kelemahan dan kekejangan otot
  • Bengkak kaki dan buku lali
  • Gatal secara berterusan
  • Sakit dada 
  • Sesak nafas.

Ketika tahap ini, bacaan tekanan darah tinggi juga meningkat mendadak, malah mungkin sukar dikawal.

Bagaimanapun, dalam kes tertentu, ada kebarangkalian semua tanda berkenaan tidak nampak atau tidak dirasa ketika peringkat awal kerosakan buah pinggang.

Ia biasanya hanya dialami apabila masalah kegagalan fungsi buah pinggang sudah sampai pada tahap kronik atau baru memasuki tahap kronik.

Justeru, satu-satunya cara sesuai ialah menerusi ujian kesihatan untuk mengetahui tahap kesihatan buah pinggang anda.

Ini terutama jika seseorang menghadapi masalah kesihatan sedia ada seperti diabetes dan tekanan darah tinggi serta ada sejarah keluarga mengalami masalah kegagalan buah pinggang. Mereka berusia lebih 60 tahun juga patut diperhatikan.

Apabila membuat pemeriksaan kesihatan, maklumkan kepada doktor perubatan mengenai masalah kesihatan yang anda hadapi, termasuk diabetes dan tekanan darah tinggi atau mempunyai sejarah keluarga menghidap penyakit buah pinggang.

Pemeriksaan awal itu penting!

Ini kerana apabila berlaku penurunan ketara dan mendadak dalam fungsi buah pinggang, ia boleh menyebabkan pembentukan toksin serta kotoran dalam darah. Inilah yang akan menyebabkan letih, lemah dan kesukaran memberi tumpuan.

 

Antara tanda-tanda sakit buah pinggang penting lain yang perlu diperhatikan ialah pada kuantiti dan rupa air kencing.

Apa yang perlu diperhatikan ialah sama ada air kencing berbuih atau tidak.

Air kencing yang berbuih kemungkinan besar ada kaitan dengan masalah fungsi buah pinggang!

Jika anda membuang air kencing lebih kerap, terutamanya pada malam, ini juga satu daripada tanda penyakit buah pinggang selain jangkitan kencing atau pembesaran prostat pada lelaki.

Apabila penapis buah pinggang rosak, ia boleh menyebabkan peningkatan keinginan untuk membuang air kecil. Dan, apabila penapis buah pinggang rosak, sel-sel darah juga boleh mula bocor ke dalam air kencing.

Justeru, jangan remehkan pemeriksaan awal. Bertindak sekarang. Buah pinggang anda adalah nyawa!

Bagaimana cara mencegah dan merawat sakit buah pinggang yang betul?

Menurut Dr Azlan, yang merupakan seorang pakar dalam bidang toksikologi, perubahan gaya hidup pada masa kini yang tidak sihat telah memberikan impak yang sangat  besar kepada kemerosotan tahap kesihatan tubuh badan manusia.

Fakta yang paling sahih dan tidak dapat disangkal telah menunjukkan rakyat Malaysia menduduki tangga pertama bagi masalah kegemukan di Asean.

Mereka yang obese amat berisiko tinggi untuk menghidap penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi.dan jantung. Komplikasi ketiga-tiga penyakit ini jika tidak dirawat segera akan menyebabkan buah pinggang menjadi rosak!! 

Oleh yang demikian,bagi membantu masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia ini, Dr Azlan dan beberapa penyelidik lain telah menjalankan kajian di dalam makmal selama hampir 7 tahun bagi mendapatkan formula terbaik .

 

 

Apa itu teh herba Triple-T?

Teh herba Triple-T adalah kombinasi tiga herba tempatan , iaitu iaitu O.stamineus, F. deltoidea dan C.sinensis. Mengikut kajian Dr Azlan, setiap satu kandugan di dalam herba Triple-T ini mempunyai banyak manfaat dan kebaikannya yang tersendiri.
Untuk maklumat awal, di bawah ini kami tunjukkan beberapa komen positif beberapa pesakit buah pinggang yang telah menggunakan produk Triple-T Dr Azlan ini.

Semua yang kami paparkan di atas adalah pengalaman sebenar pengguna teh herba Triple-T hasil kajian Dr Azlan ini. Ianya bukan rekaan kami.

Walaupun demikian, kesan dan tindak balasnya adalah berbeza bagi setiap orang, ianya tidaklah sama. Lain orang, lain pula pengalamannya.

Untuk info lanjut mengenai produk ini boleh ke klik gambar di bawah

 

Jika anda berminat untuk dapatkan produk Dr Azlan ini ataupun ingin dapatkan maklum balas segera sila klik gambar di bawah untuk whatsapp kami secara automatik


50 comments on “Tanda Tanda Sakit Buah Pinggang Rosak & Cara Atasinya
  1. ahmadz says:

    nak cari ubat cegah sakit buah pinggang

    • admin says:

      Cik boleh ke website berikut untuk info lanjut
      http://buahpinggang.my

      atau

      hubungi kami di talian 010 – 3000 323 (En Nasrul)

    • Ita says:

      Minum air rebusan daun pecah beling

    • Zarif says:

      Saya umur 18 …pada 6/6/2018 saya eksiden masuk icu pakej koma..saya sedar dari koma 29/6/2018 …selang beberapa minggu dari tarikh saya sedar dari koma tu…saya selalu rasa nak kencing..senang cerita kencing xlawas la… Bila kencing sikit ja pun…bila kencing xrasa pedih atau sakit pun.. Cuma xlawas ja… Adakah ini perlu buat pemeriksaan? Sebab ubat selalu beli jugak…tetap dok rasa jugak.. Mohon jawapan pls… Harap2 xdak apa2 la…

      • admin says:

        Sebaiknya buat pemeriksaan lanjut Tuan. Berdasarkn simptom ni kita hanya boleh agakj2 sahaja, tak dapat jawapan tepat. Untuk jawapan tepat kena buat pemeriksaan lanjut secara menyeluruh

  2. Sathiya says:

    Salam sejshtera, wife saya dalam satu minggu ini terrasa sakit dan pedih dibahagian buah pinggang , and tak ada simtomp lain. Apakah langkah yang perlu saya lakukan. Tq

  3. Saya mengalami bengkak di pergelangan kaki saja..ada kah ini ada hubung kait dengan penyakit buah pinggan

  4. Norlela says:

    Sy sering sakit pinggang secara berdenyut denyut.. sekiranya sy tidak minum air putih sebyk 2 liter sehari. Sy berasa seram sejuk dan berpeluh..apakah tanda2 itu merupakan sakit buah pinggang

  5. Rohaya says:

    Anak sya Nephrotic.unur 4 tahun.bagaimana kaedah rawatan terbaik

  6. mohamed says:

    Dr., adakah air alkali boleh diminum untuk mengubati penyakit buah pinggang, kalau boleh, berapa banyak air alkali boleh kita minum dalam sehari? Terima kasih.

    • admin says:

      Kami tak pasti , tapi boleh cuba dengan kuantiti sedikit sahaja dahulu buat permulaan, Maksimum 200-300 ml sahaja.

      Cik boleh ke website berikut untuk info lanjut mengenai car yang berkesan merawat sakit buah pinggang
      http://buahpinggang.my

      atau

      hubungi kami di talian 010 – 3000 323 (En Nasrul)

  7. Prabakaran says:

    Nak Tanya.anak saya baru 4 tahun
    Ada penyakit Nepheotic syndrome.
    Boleh saya mengamalkan mengambil

  8. jhn lim says:

    buah pingng ade kaitan tak dengan kencing manis ?

    • admin says:

      Ya, memang ada. Salah satu komplikasi kencing manis adalah sakit buah pinggang.

      Cik boleh ke website berikut untuk info lanjut mengenai cara yang ternukti berkesan secara saintifik mengenai cara merawat sakit buah pinggang

      >> http://buahpinggang.my

  9. Ab.kjhalid b mohd karim says:

    O13 980 5656

  10. Dua Alam says:

    Saya telah buat ujian darah n air kencing. Ada darah dlm air kencing n doc bg ubat antibiotik n gahan sakit..buah pinggang n lain2 ok tp sy msh rasa ngilu di bahagian pinggang kanan..setelah sembuh. Apa maknanya doc?

  11. Intan says:

    Saya kerap kencing dan jika menahan kencing atau tidak disegerakan pinggang,belakng dan dada saya akan terasa sakit. Apakah ia ada kaitan dan penyakit buah pinggang?

  12. Nadzmi says:

    Mengapakah lepas makan maggi,saya pun pergi la kencing tapi semasa saya kencing tu saya rasa sakit pedih di hujung kemaluan lelaki saya?
    Sila la reply kenapa ya
    Tq

    • admin says:

      Mungkin ada masalah batu karang. Kena buat pemeriksaan lanjut

      Cik boleh ke website berikut untuk info lanjut mengenai cara yang ternukti berkesan secara saintifik mengenai cara merawat sakit buah pinggang

      >> http://buahpinggang.my

  13. Yusnita says:

    Askm.. Ibu saya disahkn Ada penyakit buah pinggang.. Tp Dia Tk da, Semua simptom2 yg dinyatakn.. Saya Ada mencari alternative lain utk beliau.. Perlu kA Dia menjalani dialysis wlpn Dia Tiada, Semua simptom2 tu

  14. Mohd. Ikhwan martin says:

    Mcm mana nak order ubat ini tuan..sy cuma nak beli sebelum kena

  15. NORIDAH BINTI AHMAD says:

    Saya hampir 6 bulan kencing berbuiah. Hanya baru minggu lepas check darah..”trace” ada masalah buah pinggang.Saya pernah sekali 2 unit teh herba ini tetapi tiada berkesan. Saya ingin mencuba lagi.

  16. Norma says:

    Adakah pengidap PKD atau Polycystic Kidney desease yang genetik sesuai mengambil minuman teh Triple T ini?

  17. Mohd shayid bin gulam says:

    Bacaan buah pinggang saya 150 apa harus saya buat

  18. ROKAYAH ALI ABD.RANI says:

    saya pesakit kanser tiroid dan rahim.
    dah jalani kimo sbyk 4 cycle.
    kini kerap sakit pinggul sblh kiri, abdomen kiri dan tulang kaki kiri.
    adakah saya mengalami sakit buah pinggang?

    • admin says:

      Hanya berdasarkan simptom agak sukar untuk mengesahkannya. Untuk dapatkan jawapan yang tepat , cara yang terbaik Cik perlu buat pemeriksaan blood test.

  19. dayang says:

    suami saya mngalami pembengkak kan buah pinggang dn akn dibedah..seseuai ke nak minum ubat triple teh ni..??

  20. Saya Abd Rahim Abd Rahman bacaan buah pinggang saya dari 246 turun ke206. Apa makanan yg saya boleh makan. Buah apa yang saya tak boleh makan, diharap pihak tuan dapat jelaskan.

    • admin says:

      Secara asasnya semua sayuran dan buah-buahan boleh dimakan kecuali beberapa sayur yang tinggi oxalate seperti bayam, kentang dan ubi.

  21. Sabrina says:

    salam doktor,
    adik saya ada kencing manis ,ubat insulin dah.baru2 ni kaki bengkak & bila admit 30% lg b.pinggang ok.persoalan sini,saya ada beli dia triple t tapi ngapa kaki naik bengkak.dah separuh kotak dia minum.adakah tidak sesuai untuk dia atau teruskan saja minum tu.mohon respon segera sbb saya amat risau.Terima kasih.

    • admin says:

      Waalaikumussalam Cik. Pesakit buah pinggang kena limitkan pengambilan air dalam sehari kerana air di dalam badan tidak dapat dikeluarkan melalui urine. Jika kaki bengkak, ini menunjukkan pesakit telah mengambil air lebih daripada limit yang dibenarkan. Sebaiknya kurangkan pengambilan air dalam sehari, limitkan 500ml – 1 Liter sahaja dalam sehari. Minum sedikit-sedikit

  22. norashini mohd idris. says:

    saya berasa sakit dibahagian disebelah kiri pinggang hingga kiri pinggul. Air kencing pula kdg2 ada sedikit buih dan kdg2 tak ade… adalah ini ada kaitan dgn sakit buah pinggang?₩

    • admin says:

      Jika sakit di bahagian pinggang,mungkin Cik ada masalah lain. Untuk jawapan yang lebih tepat Cik perlu buat pemeriksaan full blod test di mana-mana lab. Jika bacaan cretinine melebihi 110, itu barulah bermakna Cik ada masalah buah pinggang.

  23. zamzuri b zulhairi says:

    Tak sakit boleh minum ke? Utk langkah berjaga2.

Leave a Reply to NORIDAH BINTI AHMAD Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Top